
Setelah berlabuh, kapten kapal mula merasa kehairanan kerana tiada perubahan di pulau tersebut. Ia kekal seperti sebulan yang lalu. Tiada langsung tanda-tanda kawasan itu diterokai dan penempatan yang wujud di situ. Yang lebih menghairankan ke mana menghilangnya sepuluh peladang yang ditinggalkan sebulan yang lalu? Kapten kapal dan kesemua para peladang mula mencari jejak mereka. Setelah lama mencari tiada seorangpun ditemui.
Setelah berbincang wakil pihak seratus peladang itu ingin menetap di pulau itu untuk membina penempatan baru sambil bersama-sama mencari sepuluh orang peladang yang hilang itu. Kapten kapal bersetuju lalu mengucapkan selamat tinggal dan berjanji akan melawati mereka dalam sebulan dua lagi. Kapal terus belayar meninggalkan pulau tersebut dan menuju ke England.
Croatan itu bermaksud nama pulau bersebelahan dengan pulau Roanoke. Kapten kapal terus pergi ke pulau Croatan untuk mencari kesemua peladang tersebut. Sebaik tiba di sana ia tetap sama seperti pulau Roanoke, tiada tanda kewujudan manusia apatah lagi penempatan. Sehingga kini tiada jawapan yang dapat diuraikan sehinggalah masa kini. Antara persoalan-persoalan yang ada bagaimana ke mana menghilangnya kesemua peladang tersebut? Bagaimana mereka berpindah ke sebelah pulau tanpa ada sebarang pengangkutan? Adakah mereka telah dibunuh tapi tiada kubur atau tulang manusia dijumpai? Adakah mereka diserang oleh lanun dan diculik oleh mereka tapi tiada langsung tanda pergelutan dan senjata atau darah ditemui? Adakah mereka telah diculik untuk dijadikan hamba? Atau telah diculik oleh makhluk asing? Ataupun telah memasuki alam ghaib? Begitupun pelbagai persoalan dan andaian misteri kehilangan kesemua peladang tersebut tetap tidak menemui jawapannya....
Salam bro sory lu kata misteri alam nusantara p apehal sampai ke eropah punya citer un ade nie,nusantara kan asia tenggara malaysia,indonesia,brunai,singapura dan lain2kan
BalasPadam