Nuffnang Ads

Khamis, 26 Januari 2012

Misteri Ningen

Baru-baru ini rakyat Jepun gempar dengan kewujudan "Ningen" yang dikatakan makhluk berupa manusia telah dijumpai menghuni perairan ais Antartika. Ianya dilaporkan beberapa kali oleh anggota dan kelasi kapal yang melakukan “penyelidikan ikan paus” di sana.

Menurut saksi badan Ningen keseluruhannya berwarna putih dengan panjang sekitar 20 hingga 30 meter. Ia dikatakan memiliki bentuk fizikal seakan-akan manusia. Itu disebabkan Ningen dilihat mempunyai kaki, lengan, malah ada lima jari di tangan. Sesetengah pihak pula mendakwa melihat Ningen mempunyai sirip seperti ekor  ikan duyung dan tidak mempuyai kaki. Selain itu Ningen juga mempunyai pancaindera di wajah seperti mata dan mulut.

Menurut sumber, anggota kapal melihat objek dari jauh seakan-akan kapal selam. Ketika mereka menghampiri objek tersebut ia bukannya kapal selam tetapi makhluk seakan-akan menusia lalu ia menyelam ke dalam air dengan cepat. 

Secara ringkasnya misteri Ningen masih baru diketengahkan dan ianya menjadi keraguan mana-mana pihak. Ada yang beranggapan kewujudan Ningen ini sebagai lagenda. Tiada sebarang maklumat mengenai Ningen dibincangkan selepas pendedahan para saksi malah tiada juga langkah-langkah pengawasan dari pihak kerajaan dengan kewujudan Ningen. Sama ada pihak kerajaan tidak berminat mengenai isu Ningen ataupun terdapat rahsia mengenai Ningen yang kerajaan tidak ingin dedahkan kepada umum. Ini kerana semua pihak masih berdiam diri mengenai isu Ningen. 

Tetapi yang pasti misteri Ningen masih belum terungkai walaupun sesetengah pihak menganggap Ningen itu tidak wujud malah sehingga kini tiada bukti kukuh yang mengesahkan kewujudan Ningen. Kita harapkan isu sebenar Ningen akan diketengahkan oleh pihak tertentu pada masa akan datang demi menjawab persoalan sama ada makhluk misteri bernama Ningen ini benar-benar wujud atau hanya rekaan semata-mata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan