Nuffnang Ads

Khamis, 26 Januari 2012

Misteri Potret


Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai potret ini marilah kita mengenali siapakah gerangan wanita cantik di dalam potret ini dahulu. Wanita cantik ini dikatakan berasal dari Vietnam telah membunuh diri disebabkan suaminya bernama Pham Duc Nong telah curang terhadapnya. Sebaik sahaja kematian isterinya Pham Duc Nong telah mengurungkan diri di dalam rumah lalu menghasilkan sebuah potret wajah isterinya. Setelah siap hasil lukisannya Pham Duc Nong telah membunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi. Masa berlalu kini potret tersebut seolah-olah berpuaka dan beberapa insiden telah berlaku yang berkaitan dengan potret ini sama ada ianya benar-benar berkaitan ataupun hanya satu kebetulan sahaja. Di bawah ini terdapat beberapa insiden yang berkaitan dengan potret ini.

Insiden Pertama

Kes ini melibatkan seorang anggota polis yang menyiasat kematian Pham Duc Nong serta melihat potret tersebut. Malam tersebut polis itu telah membunuh diri dengan menembak dirinya sendiri. 

Insiden Kedua

Setelah kematian polis tersebut seorang petugas yang bertanggugjawab menyimpan potret di stor balai polis turut membunuh dirinya sendiri dengan terjun ke dalam sungai.

Insiden Ketiga

Pegawai dari luar negara telah membeli potret tersebut lalu menyimpan di dalam rumahnya. Insiden sekali berlaku apabila malam itu pegawai itu telah membunuh diri dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Dia telah meninggalkan notis yang mengatakan dia terlalu sedih apabila menatap potret tersebut dan penyelesaian terbaik menghilangkan perasaan sedih tersebut hanyalah membunuh diri.

Insiden Keempat

Setelah kematian pegawai tersebut pembantu rumahnya turut melihat potret tersebut. Dia menjadi kurang waras, mencakar muka sendiri serta menyorok di dalam selimut setiap hari sambil menjerit "seseorang" datang. Dia akhirnya menemui ajal selepas 3 bulan mengalami penderitaan. Misteri bertambah lagi apabila teman lelaki pembantu rumah tersebut merupakan seorang pelukis juga telah membunuh diri. Nama pelukis tersebut adalah Pham Duc Nong.

Setelah membaca beberapa insiden di atas ada sesiapa yang berani menatap potret ini?

2 ulasan:

  1. Saya da tgok potret ne ms sy thn 6 dlu.. and now i'm 20.. n i still remember it. sy xkn lupa pengalaman sy lps tgok potret ne.. peace no war.

    BalasPadam
  2. ya mungkin.. cerita mengenai potret nie memng menarik mnat sya, tp xlah smpai terlalu taksub ngan cerita nie.. bg sya biasa sja, menurut kajian teory yg sya cri, sumpahan mengenai gmbar ini adalah benar.. sama jga seperti misteri potret dorian grey.. bnyak misteri yg terungkap disitu..

    BalasPadam