Nuffnang Ads

Rabu, 20 April 2011

MInum Darah Manusia

Darah manusia dikatakan mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada spirit atau semangat kebatinan ini termasuk kepercayaan orang Melayu dahulu kala. Darah dianggap lambang kekuatan, kekuasaan dan kehidupan. Di samping itu minum darah manusia juga dipercayai dapat memanjangkan usia. Amalan minum darah atau Vampirism telah wujud sejak zaman berzaman dalam sejarah tamadun manusia iaitu semenjak sebelum masihi, mencapai zaman Assyria dan Babylonia lagi. Orang-orang Aztec mempersembahkan darah manusia kepada dewa mereka. Sementara itu juga di kalangan para raja India minum darah dari kepala manusia pada zaman purbakala.


Mitos tentang minum darah manusia yang terkenal di kalangan orang Melayu ialah Raja Bersiung. Raja Kedah yang asalnya bernama Raja Ong Maha Perita Derita. Raja Bersiung dikatakan mula minum darah manusia apabila menjamu makanan yang lazat terhasil daripada masakan yang bercampur darah tukang masak istana yang terluka ketika memasak. Raja Bersiung setelah tumbuh gigi siungnya mula minum semangkuk darah setiap hari yang ditadah daripada orang-orang tahanan yang dihukum mati. Ada kemungkinan juga tabiat Raja Bersiung ini berpunca daripada kepercayaannya sendiri tentang khasiat minum darah manusia. Ia mungkin mempunyai kaitan dengan amalan kebatinan. Menurut kepercayaan kebatinan sesat, darah mempunyai hubung kait dengan semangat, kekuatan dan kekuasaan ghaib. Mungkin Raja Bersiung menjadi kejam dengan tabiat minum darah manusia disebabkan amalan kebatinan untuk memperolehi kekuatan dan kekuasaan. Ini sesuai dengan sikapnya yang keras, kasar dan sangat menonjolkan kekuasaannya. Raja Bersiung bolehlah dianggap sama keperibadiannya dengan Drakula.

Seseorang manusia itu boleh juga menjadi sebagai peminum darah manusia disebabkan kerasukan semangat jahat dari makhluk halus atau makhluk ghaib. Hal ini pernah terjadi di New York, Amerika. Seorang pemuda bernama Carl Johnson tiba-tiba masuk ke dalam bilik adik perempuannya lalu menggigit dan menghisap darah adiknya.

Terdapat kes yang sama di mana seorang gadis bernama Lilith memberitahu seorang penyelidik fenomena Vamparism yang dia merasakan seolah-olah ada kuasa dalam dirinya yang merangsangnya meminum darah. Pada suatu hari Lilith berada di kawasan perkuburan. Di sana Lilith bertemu seseorang lelaki yang cuba menciumnya dan ketika itulah Lilith dikuasai suatu kekuatan yang mendorongnya menggigit leher pemuda itu dan menghisap darahnya.


Jadi secara kesimpulannya peminum darah manusia disebabkan oleh dua aspek iaitu kerana amalan kebatinan yang dipercayai dapat memberikan kekuatan dan kekuasaan. Aspek yang kedua kemungkinan seseorang itu telah dirasuk makhluk halus yang jahat mendorong orang yang dahagakan darah manusia. Sekian tamatlah kisah minum darah manusia. Apa pandangan anda semua? 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan